Monday, May 2, 2011

Nota Literasi :Penjagaan Cakera & Komputer

KEPENTINGAN MENJAGA KOMPUTER



Penerangan:

-Komputer amat perlu diselenggara kerana komputer amat sensitif kepada suhu, kelembapan,
debu dan sebagainya.


KEPENTINGAN PENYELENGARAAN:

-Menjimatkan kos

-Mengurangkan kerosakan

-Memanjangkan usia sistem komputer


PETUA MENJAGA KOMPUTER

1. Jangan ON dan OFF komputer terlalu kerap .

2. Elakkan getaran meja kerana kebanyakan .komponen elektronik amat mudah rosak.

3. Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap.

4. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer. Minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.

5. Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .

6. Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.

7. Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk kemotherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan. Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.

8. Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.

9. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.

10.Gunakan AVR - Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. Ada ketikanya terkurang/terlebih voltage. Kalau ada kilat dan terlupa mencabut palam dan jika nasib baik avr yang rosak bukannya komputer.

11.Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.

12.Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial. Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.

13.Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.

TIPS SEMASA KILAT / KELUAR RUMAH

Tips ini lebih merujuk untuk rumah kediaman yang tidak mempunyai "pengalir kilat" iaitu satu kepingan tembaga tebal dari atas bumbung terus kedalam tanah. Ambil perhatian juga bahawa sekali "surge protector" terkena kilat yang kuat ianya sudah tidak boleh digunakan lagi.

1. Jadikan kebiasaan mencabut plug telefon dari modem dan soket kuasa dari komputer jika keluar rumah.

2. Jangan gunakan komputer masa daN petir dan kilat. Ada kes monitor dan modem dan motherboard hangus terkena kilat.

3. Cabut palam dari plug kuasa dan talian telefon dari modem masa ada kilat / petir atau jika anda keluar meninggalkan rumah.

4. Modem adalah sangat sensitif kepada arus elektrik. Data-data yang dihantar dalam modem adalah dalam bentuk arus letrik. Talian telefon yang halus itu sahaja mengalirkan tenaga elektrik setinggi 90volt DC. Sedikit sahaja terkena kilat menyebabkan chipset yang memproses data akan hancur.

Jika Komputer Terkena Kilat?

Hujan, kilat dan petir sudah pun berlalu. Anda pun menghidupkan komputer, malangnya tiada apa-apa berlaku. Hmmm..mungkin tiada letrik agaknya. Tapi lampu rumah hidup? komputer anda sudah menjadi mangsa kilat.

Apa yang harus anda buat?

*Mula-mula hidu samada ada bau hangus atau tidak.

-kalau ada cari saja puncanya

-kalau tiada hidupkan komputer

*Pastikan kipas pada power supply berpusing.

-kalau tak pusing ertinya power supply sudah rosak

-kalau pusing tengok komputer dan monitor hidup atau tidak

*Kalau komputer tersebut masih baru atau dalam jaminan bawa saja kepenjual komputer tersebut.

*Jika ingin membaiki sendiri:

-Cium jika ada bau hangus dan pastikan puncanya

-Periksa unit power supply-check voltage.

-Periksa motherboard jika ada cip yang hangus.

p/s: Anda yang boleh membaiki sendiri CPU anda.Tapi tidak monitor.Ini kerana monitor mengandungi berjuta-juta cas elektrik walaupun tidak disambung kepunca elektrik.Jika silap langkah anda mungkin mati terkena kejutan elektrik.Jadi kalau monitor anda rosak,hantar ke mekanik yang mahir atau lebih baik beli lain.

Rujukan: http://atrakana.fotopages.com/?entry=336764

0 comments:

Post a Comment